13 Perkara yang Perlu Dijaga Oleh Wanita.
1. Bulu Kening
– Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat
perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan
bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan Semacam Hantu Loceng
– Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan
kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya
pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman
jahiliyah ….
3. Wangian
– Siapa sahaja wanita yang memakai
wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium
baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada
– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan
kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan
dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
– Rasullulah melaknat perempuan yang
mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan
dari Hadis Riwayat At- Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan
giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan
dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan Leher
– Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah
kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu
seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan
menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti
orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang Nipis (jarang)
– Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma!
Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh
baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah
saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan
– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan
besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak
halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani danBaihaqi.)
9. Mata
– Dan katakanlah kepada perempuan mukmin
hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari
Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan
yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan
yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan
hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara)
– Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al
Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang
mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan
– Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
mukmin,
hendaklah mereka menundukkanpandangan mereka
dan menjaga ehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila
seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang
perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia
telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian
– Barangsiapa memakai pakaian yang
berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan
pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,
Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri- isterimu, anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju
jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah
diken ali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi
maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah
perempuan-perem puan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada
maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan
masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk
dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
– Wahai anakku Fatimah! Adapun
perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya
dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah
saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah
kaum wanita.
(Shahih Muslim No.4921).
Misi om numpang lewat,,,
BalasHapusmonggoo...mbah< ampun nyarug sikune,,,
BalasHapus